.
123
Mitra Global CMS Mitra Global CMS Mitra Global CMS
   
Mitra Global CMS Mitra Global CMS Mitra Global CMS
Mitra Global CMS Mitra Global CMS Mitra Global CMS
 
Latar Belakang Penubuhan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 23 September 2008 00:00

Dakwah merupakan nadi kepada pengembangan dan penghayatan ilmu-ilmu Islam. Dengan adanya dakwah dalam rutin harian, ilmu-ilmu Islam akan terus diamalkan oleh umat Islam dan seterusnya melahirkan modal insane yang terbaik. Sehubungan dengan itu, Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) diwujudkan sebagai salah satu wadah kepada pembangunan insan di bumi SMASKP.

Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR) Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah telah ditubuhkan secara rasminya yang pada 2005. BADAR yang pada asalnya diwujudkan sebagai salah satu unit di dalam Unit Kepimpinan dan Hal Ehwal Pelajar di bawah Biro Kerohanian. Kesemua anggota seramai 10 orang yang dilantik merupakan Ahli Jawatan Kuasa Kerohanian musolla Putera dan Puteri dan diketuai oleh seorang Guru Penyelaras BADAR.

Setelah melihat penerimaan yang baik di kalangan pelajar dan warga sekolah, tahun 2006, BADAR sekali lagi telah distrukturkan semula secara lebih efisyen dengan struktur organisasi yang lebih terperinci dan mewujudkan lajnah-lajnah yang dipertanggunjawabkan bagi sesuatu tugasan khas. Penstrukturan ini masih mengekalkan AJK Biro kerohanian sebagai Majlis Tertinggi tetapi disokongan dengan perlantikan wakil setiap tingkatan. Jumlah jawatankuasa yang dilantik bagi pelajar putera dan puteri seramai 42 orang. Struktur organisasi ini kekal sehinggalah tahun 2007.

Bermula tahun 2008, BADAR telah mengorak satu langkah lagi apabila telah diletakkan di bawah Unit Pembangunan Modal Insan (PMI) dan diiktiraf sebagai persatuan wajib bagi SMASKP. Dengan status ini BADAR telah menjadi satu entiti baru dalam organisasi di sekolah dan taraf ini menyamai taraf Unit Kepimpinan dan Hal Ehwal Pelajar (UKHEP) yang sebelum ini menaungi BADAR. Pengiktirafan ini secara tidak langsung juga sebagai menghargai sumbangan besar BADAR di dalam membantu pihak sekolah mengurus dan mengendalikan program-program pembangunan insan dan kerohanian warga SMASKP. Sepanjang 2008, pelbagai program telah disusun dan dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat di awal tahun 2008.

Tahun 2009 pula menyaksikan pengurangan AJK BADAR kepada 25 orang (12 Putera dan 13) Puteri bagi memastikan tugasan setiap lajnah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Kekuatan BADAR turut disokong oleh 30 orang Nuqaba' (15 Naqib dan 15 Naqibah) bagi memastikan perjalanan usrah dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Para AJK 2009 juga telah didedahkan kepada pengurusan organisasi sejak pertengahan tahun 2008 lagi secara bersiri dengan harapan pengurusan dan aktiviti 2009 lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum.


 

 

Last Updated ( Thursday, 02 April 2009 06:57 )
 
Info BADAR PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 23 September 2008 00:00
 OBJEKTIF PENUBUHAN
  •  Melatih pelajar agar kritis dan kreatif di dalam menyampaikan dakwah.
  • Membantu pihak Biro Kerohanian UKHEP dalam melaksanakan aktiviti.
  •  Mempelbagaikan kegiatan/aktiviti yang selaras dengan visi dan misi sekolah.
  •  Mengatur dan menyelia aktiviti keagamaan yang dijalankan di sekolah.
  •  Membentuk kepribadian pelajar melalui program yang dilaksanakan. 

VISI

Menjadi wadah perkembangan dan pembudayaan thaqafah Islam dalam kalangan warga SMASKP ke arah kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan akhirat. 

MISI

  • Membangunkan modal insan yang berkualiti yang dapat memberi sumbangan kepada agama dan masyarakat dengan.
  •  Melahirkan pelajar SMASKP yang mempunyai sahsiah unggul selaras dengan Misi dan Visi Sekolah.
  •   Memantapkan nilai kepimpinan dalam dakwah yang sedia  pada anggota BADAR.
  •  Mengasah daya kreativiti pelajar di dalam pengurusan dan pelaksanaan aktiviti sebagai medium dakwah.

MOTO

Inspirasi Insan Rabbani 

LAGU RASMI BADAR

Inspirasi Insan Rabbani(Abu Naqi - Ramadhan 08)

Bersatulah berpadulah temanku
Dalam barisan perjuangan BADAR
Dengan satu matlamat kerana Ilahi
Citra Inspirasi Insan Rabbani…

Bersatulah berpadulah semua
Dengan derap langkah yang sama

Dengan ayunan tangan yang sekata
Membawa obor sinar kebahagiaan

Dengan semangat dan roh kebenaran
Bersama kita membina kekuatan
Satukanlah niat iltizam dihati
Hingga nyata janji Rabbul Izzati..

Berjuanglah wahai Ansarullah
Memimpin ummah berlandaskan tarbiah
Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah
Islam sebagai Dienul Hayah.

 

Last Updated ( Wednesday, 06 May 2009 00:35 )
 
Muka Depan BADARSelamat Datang ke laman web Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR), SMASKP. Semoga kunjungan anda mendatangkan manfaat untuk semua. Laman web ini belum dilancarkan secara rasmi. Ianya merupakan edisi BETA. Tujuan utama pra-pelancaran ini adalah bagi mengenalpasti kelemahan dan keperluan tambahan yang perlu diperbaiki dan dimuatkan di dalam laman web ini. Oleh itu sebarang kelemahan dan cadangan sila maklumkan.

Tujuan utama laman web ini dilancarkan adalah sebagai salah satu wadah terkini yang diambil oleh pihak BADAR SMASKP di dalam usaha menyampaikan dakwah kepada umum melalui perkongsian ilmu, perbincangan dan diskusi langsung. Akhirnya, pihak BADAR amat mengalu-alukan kunjungan serta penglibtan aktif anda semua bagi mencapai hasrat murni ini. Semoga niat suci ini mendapat mardhatillah dariNya.

 

 
 
Mitra Global CMS Mitra Global CMS Mitra Global CMS
Mitra Global CMS Mitra Global CMS Mitra Global CMS
 

Jom Undi

Pendapat anda tentang web ini.
 

Siapa Online

We have 1 guest online

Gambar Pilihan

lenaleejoke.jpg

Pautan Khas

Featured Links:
Joomla!
Joomla! The most popular and widely used Open Source CMS Project in the world.
JoomlaCode
JoomlaCode, development and distribution made easy.
Joomla! Extensions
Joomla! Components, Modules, Plugins and Languages by the bucket load.
Joomla! Shop
For all your Joomla! merchandise.
 
Mitra Global CMS Mitra Global CMS Mitra Global CMS
123