Selamat Datang ke laman web Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR), SMASKP. Semoga kunjungan anda mendatangkan manfaat untuk semua. Laman web ini belum dilancarkan secara rasmi. Ianya merupakan edisi BETA. Tujuan utama pra-pelancaran ini adalah bagi mengenalpasti kelemahan dan keperluan tambahan yang perlu diperbaiki dan dimuatkan di dalam laman web ini. Oleh itu sebarang kelemahan dan cadangan sila maklumkan.
Tujuan utama laman web ini dilancarkan adalah sebagai salah satu wadah terkini yang diambil oleh pihak BADAR SMASKP di dalam usaha menyampaikan dakwah kepada umum melalui perkongsian ilmu, perbincangan dan diskusi langsung. Akhirnya, pihak BADAR amat mengalu-alukan kunjungan serta penglibtan aktif anda semua bagi mencapai hasrat murni ini. Semoga niat suci ini mendapat mardhatillah dariNya.
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 23 September 2008 00:00 |
|
Dakwah merupakan nadi kepada pengembangan dan penghayatan ilmu-ilmu Islam. Dengan adanya dakwah dalam rutin harian, ilmu-ilmu Islam akan terus diamalkan oleh umat Islam dan seterusnya melahirkan modal insane yang terbaik. Sehubungan dengan itu, Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) diwujudkan sebagai salah satu wadah kepada pembangunan insan di bumi SMASKP. Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR) Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah telah ditubuhkan secara rasminya yang pada 2005. BADAR yang pada asalnya diwujudkan sebagai salah satu unit di dalam Unit Kepimpinan dan Hal Ehwal Pelajar di bawah Biro Kerohanian. Kesemua anggota seramai 10 orang yang dilantik merupakan Ahli Jawatan Kuasa Kerohanian musolla Putera dan Puteri dan diketuai oleh seorang Guru Penyelaras BADAR. Setelah melihat penerimaan yang baik di kalangan pelajar dan warga sekolah, tahun 2006, BADAR sekali lagi telah distrukturkan semula secara lebih efisyen dengan struktur organisasi yang lebih terperinci dan mewujudkan lajnah-lajnah yang dipertanggunjawabkan bagi sesuatu tugasan khas. Penstrukturan ini masih mengekalkan AJK Biro kerohanian sebagai Majlis Tertinggi tetapi disokongan dengan perlantikan wakil setiap tingkatan. Jumlah jawatankuasa yang dilantik bagi pelajar putera dan puteri seramai 42 orang. Struktur organisasi ini kekal sehinggalah tahun 2007. Bermula tahun 2008, BADAR telah mengorak satu langkah lagi apabila telah diletakkan di bawah Unit Pembangunan Modal Insan (PMI) dan diiktiraf sebagai persatuan wajib bagi SMASKP. Dengan status ini BADAR telah menjadi satu entiti baru dalam organisasi di sekolah dan taraf ini menyamai taraf Unit Kepimpinan dan Hal Ehwal Pelajar (UKHEP) yang sebelum ini menaungi BADAR. Pengiktirafan ini secara tidak langsung juga sebagai menghargai sumbangan besar BADAR di dalam membantu pihak sekolah mengurus dan mengendalikan program-program pembangunan insan dan kerohanian warga SMASKP. Sepanjang 2008, pelbagai program telah disusun dan dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat di awal tahun 2008. Tahun 2009 pula menyaksikan pengurangan AJK BADAR kepada 25 orang (12 Putera dan 13) Puteri bagi memastikan tugasan setiap lajnah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Kekuatan BADAR turut disokong oleh 30 orang Nuqaba' (15 Naqib dan 15 Naqibah) bagi memastikan perjalanan usrah dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Para AJK 2009 juga telah didedahkan kepada pengurusan organisasi sejak pertengahan tahun 2008 lagi secara bersiri dengan harapan pengurusan dan aktiviti 2009 lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum.
|
|
Last Updated ( Thursday, 02 April 2009 06:57 )
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 23 September 2008 00:00 |
OBJEKTIF PENUBUHAN - Melatih pelajar agar kritis dan kreatif di dalam menyampaikan dakwah.
- Membantu pihak Biro Kerohanian UKHEP dalam melaksanakan aktiviti.
- Mempelbagaikan kegiatan/aktiviti yang selaras dengan visi dan misi sekolah.
- Mengatur dan menyelia aktiviti keagamaan yang dijalankan di sekolah.
- Membentuk kepribadian pelajar melalui program yang dilaksanakan.
VISI Menjadi wadah perkembangan dan pembudayaan thaqafah Islam dalam kalangan warga SMASKP ke arah kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan akhirat. MISI Membangunkan modal insan yang berkualiti yang dapat memberi sumbangan kepada agama dan masyarakat dengan. Melahirkan pelajar SMASKP yang mempunyai sahsiah unggul selaras dengan Misi dan Visi Sekolah. Memantapkan nilai kepimpinan dalam dakwah yang sedia pada anggota BADAR. Mengasah daya kreativiti pelajar di dalam pengurusan dan pelaksanaan aktiviti sebagai medium dakwah.
MOTO Inspirasi Insan Rabbani LAGU RASMI BADAR Inspirasi Insan Rabbani(Abu Naqi - Ramadhan 08)
Bersatulah berpadulah temanku Dalam barisan perjuangan BADAR Dengan satu matlamat kerana Ilahi Citra Inspirasi Insan Rabbani… Bersatulah berpadulah semua Dengan derap langkah yang sama Dengan ayunan tangan yang sekata Membawa obor sinar kebahagiaan Dengan semangat dan roh kebenaran Bersama kita membina kekuatan Satukanlah niat iltizam dihati Hingga nyata janji Rabbul Izzati.. Berjuanglah wahai Ansarullah Memimpin ummah berlandaskan tarbiah Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah Islam sebagai Dienul Hayah. |
|
Last Updated ( Wednesday, 06 May 2009 00:35 )
|
|
|